20 Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Panel PPPR, PPO

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Seramai 20 anggota badan bebas, yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dilantik sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO) berkuat kuasa pada Isnin.

Seramai 13 individu dilantik sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan tujuh lagi sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).

Tempoh pelantikan mereka adalah selama setahun berkuat kuasa pada Isnin sehingga 14 Ogos 2017, kata SPRM dalam kenyataan di sini, Isnin.

"Anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, profesional dan ahli akademik. Selain itu, mereka juga terdiri daripada bekas pegawai tertinggi kerajaan.

"Mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Anggota PPPR terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi); bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Sham Mohd Sani, Profesor Adjung di Asia e University, Tan Sri Profesor Datuk Dr T Marimuthu; Pengarah Urusan The Store Corporation Berhad, Tan Sri Tang Yeam Soon dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk V. Danapalan. 

Anggota panel PPPR lain ialah pengasas Naim Land Sdn Bhd, Datuk Hasmi Hasnan; Karyawan Tamu di Fakuliti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Datin Dr Amla Mohd Salleh; Peguambela dan Peguamcara di Shukor Baljit dan Partners, Datuk Baljit Singh Sidhu; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Datuk Abdul Aziz Ishak; Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Md Haslam Khan, Dekan Pengasas dan Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan, Cyberjaya University College of Medical Sciences Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa.     

Anggota PPO pula terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zaleha Zahari (Pengerusi); bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad Datuk Azizan Abdul Rahman, bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Dr Siti Mariam Che Ayub; Peguambela dan Peguamcara di Selva Mookiah dan Associates, Datuk Selva Mookiah; Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Profesor Madya di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Yap Bee Wah. 

SPRM yang diwujudkan pada 2009, mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, PPPR dan PPO. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan