Dua Projek PPR Bantu Kurangkan Bebanan Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi mengumumkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem 'sewa dan beli' tanpa bayaran depositbagi membantu mengurangkan bebanan rakyat. 

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya melaksanakan perkara itu mengikut hemah beliau.

Katanya anak-anak penghuni PPR juga akan ditawarkan perkhidmatan bas sekolah secara percuma bagi membantu keluarga daripada golongan miskin bandar. 

"Saya dengan ini mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan melalui DBKL supaya PPR di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) melaksanakan sistem sewa beli tanpa bayar deposit.

"Untuk anak-anak sekolah di semua rumah PPR, saya arahkan supaya berikan (perkhidmatan) bas sekolah dengan percuma," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Lembah Pantai di sini [pada Ahad, yang turut dihadiri Tengku Adnan yangjuga Setiausaha Agung Umno dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menjelaskan lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau meluluskan permohonan bagi PPR itu kerana menyelami permasalahan rakyat termasuk soal mengurangkan kadar kemiskinan bandar yang menjadi dasar kerajaan. 

"Soal kemiskinan bandar adalah satu realiti. Kerajaan komited selesaikan masalah kemiskinan bandar tanpa mengira agama dan bangsa yang menjadi dasar kerajaan untuk perlu lebih prihatin berbanding pembangkang yang jarang turun melawat kawasan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden, turut mengingatkan semua anggota Umno agar tidak mengejar jawatan dan pangkat semata-mata untuk membantu rakyat.

Beliau berkata walaupun tanpa jawatan, sebagai contoh Raja Nong Chik, namun laporan daripada pelbagai agensi menunjukkan Raja Nong Chik antara Ketua Umno Bahagian paling kuat bekerja untuk menyelesaikan banyak masalah, antaranya soal perumahan.

Dalam ucapan itu, beliau berjanji akan memastikan calon Parlimen Lembah Pantai mesti daripada kalangan orang tempatan selain akan turun padang bagi memastikan kejayaan menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid juga mengingatkan anggota bahagian itu supaya tidak bergaduh sesama sendiri, tidak mengamalkan budaya politik 'cah keting' serta bekerja keras memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu. 

"Mereka juga jangan mengambil kesempatan...bukan untuk kita tetapi untuk orang kita wakili. Saya komited untuk buat lebih lagi dengan syarat bagi menang dulu," katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Sementara itu, Tengku Adnan ketika ditemui pemberita, berkata beliau akan memperhalusi segala arahan dan berbincang dengan pihak berkaitan sebelum mengumumkan perkara itu secara terperinci.

"Saya akan cuba melaksanakan keputusan terhadap rumah-rumah yang kita akan jual kepada rakyat seperti yang telah diguna pakai kepada Flat Seri Pahang menerusi konsep sistem sewa beli.

"Kita juga akan bincang dengan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai PPR di Jinjang melibatkan 1,200 rumah yang akan dijual mengikut konsep sewa dan beli," katanya.

Bagi perkhidmatan bas percuma, katanya, beliau akan berbincang dengan DBKL untuk melaksanakan inisiatif itu bagi meringankan bebanan ibu bapa terutama apabila lokasi sekolah jauh dari kawasan perumahan mereka. -Bernama

Tags / Kata Kunci: PPR , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan