#AnakAnakMalaysia: Peserta Veteran Buat Dua Pusingan

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 9:51 AM

Suresh menamatkan acara ini dalam masa kurang 20 minit.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa peserta veteran teruja menyertai acara jalan kaki #AnakAnakMalaysia 2016 dengan ada diantara mereka membuat dua pusingan.

Kerani, G. Suresh Kumar, 44, antara peserta pertama yang menamatkan acara jalan kaki itu kurang 20 minit.

Suresh yang juga ahli veteran Persatuan Jalan Kaki Malaysia berkata beliau sudah biasa dengan laluan yang lebih jauh dan maraton.

Justeru, beliau melakukan sekurang-kurangnya satu lagi pusingan.

"Saya sering berjalan kaki sejauh 60km seminggu. Kesihatan amat penting bagi saya dan saya dapati acara ini bagus untuk membantu kita kekal sihat," katanya.

Bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jasmail Singh, 78, berkata acara ini ibarat sesi pemanas badan bagi pelari jarak jauh seperti dirinya.

Jasmail Singh.

"Saya melakukan satu pusingan sebelum acara bermula tetapi orang ramai amat peramah dan saya memutuskan untuk mengikut mereka satu pusingan lagi," katanya.

Jasmail berkata beliau bergiat aktif dalam acara jalan kaki dan maraton sejak lebih 30 tahun dan merupakan peserta tertua.

Sementara itu, bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia 2009/2010, Thanuja Ananthan berjaya menamatkan acara itu dalam masa 40 minit.

"Saya rasakan jarak laluan harus dipanjangkan sedikit kerana ia memberi kami peluang untuk bergaul dengan rakyat Malaysia yang lain.

"Saya amat menyokong usahan ini kerana ia menggalakkan semangat toleransi, perpaduan dan keamanan," katanya.

Thanuja turut memberi penghargaan kepada anggota polis dan Rela yang berada di lokasi bagi memastikan keselamatan acara ini.



iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan