Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM - MB Kedah

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri sedia memberi kerjasamakepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Dewan Pemuda PAS negeri mengenai penyelewengan dalam projek naik taraf loji rawatan air di Kuala Nerang.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan negeribuat masa ini akan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada SPRM dan akan memberi kerjasama sekiranya diperlukan.

"Sekarang, kita serahkan kepada SPRM untuk buat siasatan. Sekiranya merekaperlu apa-apa, kita akan beri kerjasama dan kerajaan negeri sama sekali tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

"Kita kena tengok dahulu kesahihan dakwaan ini kerana mereka (PAS) baru buat tuduhan. Sekiranya betul, SPRM boleh buat siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat tanpa perlu menyuruh individu terbabit untuk tampil ke depan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada Ahad.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS yang diwakili Ketua Pemuda PAS negeri Mohd Azam Abd Samat membuat laporan meminta SPRM, menjalankan siasatan berhubung penyelewengan projek naik taraf loji air di Kampung Mani, Kuala Nerang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan