BN Melaka Akan Usul Pertambahan Tiga Kerusi - Idris

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 6:20 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tangga Batu ke-13 pada Ahad. Turut kelihatan Idris Haron (dua, kiri) dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Ali Rustam (kiri). -Bernama

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) Melaka akan membawa usul bagi menambah kira-kira tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dalam persidangan DUN akan datang, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. 

Beliau berkata penambahan kerusi itu dilihat wajar memandangkan beberapa kawasan Parlimen di negeri itu, kini mempunyai jumlah pengundi yang terlalu ramai.

"Misalnya bilangan pengundi kawasan Parlimen Tangga Batu kini mencecah 80,000 orang, Bukit Katil pula seramai 104,000 orang dan Kota Melaka, 98,000 orang.

"Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat keadaan ini supaya ia dapat ditangani demi kebajikan rakyat supaya tidak terpinggir dengan jumlah pengundi terlalu ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Seremban di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PartiKeadilan Rakyat (PKR) yang juga Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mahu penjelasan mengenai persempadanan semula di kerusi Parlimennya, baru-baru ini.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata persempadanan semuladan pertambahan kerusi itu adalah bertujuan untuk memastikan tiada rakyat yang merasa kecewa selain membolehkan perkhidmatan wakil rakyat dapat diberikan dengan lebih cekap dan berkesan.

"Ini adalah suasana yang cukup menekan dari segi geopolitik...jadi saya kata SPR kena ambil tindakan  buat kajian serta lakukan perubahan dan saya akan bawa ke DUN kerana terdapat keperluan, kehendak dan desakan untuk saya melebar luas perkhidmatan wakil rakyat.

"Kalau masih lagi tidak berubah dengan persempadanan sedia ada, saya bimbang rakyat akan kecewa kerana tidak boleh menghargai sistem demokrasi berparlimen kerana ia tidak mencapai apa yang mereka mahukan,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: BN Melaka , DUN , Datuk Seri Idris Haron.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan