Kaedah Memudahkan, Tambah Baik Prosedur Perkapalan Di Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji laedah bagi memudahkan dan menambah baik prosedur dokumentasi perkapalan menerusi Klang Net dan U-Kastam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata langkah itu akan memendekkan masa kelulusan dari tujuh hari kepada hanya dua hingga empat hari bagi pemegang kepentingan untuk memenuhi  proses aliran kerja perkapalan secara berkesan.

"Bagi beberapa negara maju, aliran kerja proses perkapalan hanya mengambil masa dua hingga empat hari untuk kelulusan, namun di Malaysia kita memerlukan sekurang-kurangnya tuhuh hari ke atas.

"Menerusi kaedah baharu yang melibatkan permohonan secara dalam talian Port Klang Net dan dihubungkan kepada U Kastam, kita dapat memendekkan masa menunggu hasil daripada proses dokumentasi pelabuhan yang dipermudahkan dan ditambah baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Arah Tuju 10 Ekonomi Strategik (ECD) MCA kali kedua di sini, Sabtu.

Berucap pada pelancaran persidangan berkenaan, Liow yang juga Presiden MCA berkata 10 ESD merupakan bahagian ketiga pendekatan kukuh parti itu dalam transformasi, dengan bahagian pertama dan kedua melibatkan Program 'Lebih Teguh Bersama' dan 'Memperkukuh Kepelbagaian Program'.

"Ini merupakan platform penting bagi parti itu memenuhi janji mereka dalam memahami isu-isu ekonomi utama yang dihadapi negara.

"Ini juga untuk mengupayakan rakyat bagi mewujudkan perniagaan serta  peluang dan pembangunan perniagaan baharu dalam bidang yang kita cekap dan kompetitif," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pelabuhan Klang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan