PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 10:51 PM

Serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri SKMM ditemui di Phuket.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima serpihan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket daripada pihak berkuasa Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), petang Sabtu.

"Kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara itu (Thailand) dalam membantu siasatan insiden berkenaan," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatApps di sini, Sabtu malam.

Bernama hari ini melaporkan sumber keselamatan Thailand berkata terdapat nombor siri SKMM pada telefon bimbit itu dan penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon berkenaan. 

Serpihan telefon bimbit itu yang mengandungi nombor siri merupakan bukti penting dalam siasatan pihak berkuasa negara ini bagi mengenal pasti dan menjejaki pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, kata sumber itu.    

Dalam siri kejadian letupan bom di wilayah-wilayah selatan Thailand, telefon bimbit dijadikan alat untuk mengaktifkan bom-bom buatan sendiri (IED) itu.

Dua butir bom buatan sendiri meletup di pulau peranginan terkenal Phuket pada Jumaat, setiap satu di Patong dan Kathu pada 7.45 pagi (waktu tempatan) dan 8.45 pagi tetapi hanya menyebabkan seorang cedera ringan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Serpihan Telefon , SKMM , Thailand

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan