PAS, Ikatan Umum Pembentukan Gagasan - Berita Semasa | mStar

PAS, Ikatan Umum Pembentukan Gagasan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 3:01 PM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perjanjian baharu antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (Gagasan).

"Ini akan menjadi satu alternatif yang lebih baik untuk rakyat," kata Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat PAS pada Sabtu.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata Gagasan akan mengamalkan keharmonian dan budaya politik matang, sambil menyatakan bahawa Gagasan telah diputuskan dalam jawatankuasa bersama antara PAS dan Ikatan pada 2 Ogos.

Dalam perkembangan berasingan, Hadi turut mengumumkan bahawa PAS telah melantik peguam kanan untuk mewakili parti dalam tuntutan mahkamah terhadap Sarawak Report.
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan