Keahlian Anggota Gugur Jika Sertai Parti Lain - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Keahlian anggota Umno Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipahberkata perkara tersebut berlandaskan perlembagaan Umno yang anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza.

Justeru beliau berkata program pemutihan akan dilakukan pihaknya, bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain Umno.

"Program pemutihan tersebut bukan hanya tertumpu pada bahagian Jerlun sahajatetapi di semua bahagian di negeri ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini, Sabtu.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata anggota Umno yangmempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu.

"Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta," katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah turut meminta anggota Umno memandang ke hadapandengan membantu parti itu memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negeri ini terhadap Umno.

"Buang yang keruh dan kita ambil yang jernih kerana yang keruh itu akan merosakkan masa depan parti. Perkara yang remeh kita tolak, demi kemajuan parti dalam mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

Ahmad Bashah berkata kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjurupada Pilihan Raya Umum akan datang kerana wujudnya parti baharu namum Umno telah bersedia untuk menghadapinya.

Katanya ini kerana rakyat dapat menilai dengan jelas kekuatan sesebuah parti baharu yang akhirnya kecundang dan ahli parti baharu itu akan kembali kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Gugur keahlian , Umno Kedah , Ahmad Bashah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan