5,000 Dijangka Sertai Acara Jalan Kaki Perpaduan #AnakAnakMalaysia Walk 2016

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 9:38 AM

DEMI PERPADUAN...Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) bersama kakitangan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Korporat (dari kiri) Norfaiqah Azizi, Hanni Hazirah, Laila Aidilia, Sarah Yeoh dan Calvin Tan menulis mesej kesederhanaan dan perpaduan di papan mesej di lobi Menara Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia dengan bangganya akan berjalan untuk perpaduan, keharmonian dan toleransi dalam acara Anak-Anak Malaysia Walk 2016 yang bakal diadakan di Pusat Bandar Bukit Bintang, pukul 6.30 pagi Ahad.


Ibu bapa akan membawa anak-anak, majikan akan mengosongkan diari untuk bersama dengan pekerja dan rakan-rakan akan membuat rancangan berkongsi kereta untuk menyertai acara jalan kaki beramai-ramai yang julung kali diadakan ini.

Orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, yang terdiri daripada rakyat biasa ke tokoh korporat dan selebriti akan berada di sana untuk menjayakan acara ini yang dianjurkan dengan misi perpaduan.

"Kami sudah bersedia, marilah kita berjalan bersama-sama," kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai.

"Ini adalah kali pertama kami mempelawa seluruh rakyat Malaysia berjalan bersama kami, untuk menyokong kepelbagaian dan toleransi di negara ini.

"Ini juga merupakan peluang untuk orang biasa berjalan bersama dengan tokoh yang dihormati seperti legenda bola sepak Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, serta selebriti seperti Harith Iskander dan Lisa Surihani.

"Apakah yang lebih baik selain mewakili Malaysia untuk mewujudkan kebersamaan sesama rakyat bersama kumpulan ini," kata Chun Wai.

"Selain mempromosikan kesederhanaan, kami ingin menekankan bahawa acara ini langsung tiada kaitan dengan politik dan sebagai rakyat Malaysia kami berbangga dengan masyarakat berbilang kaum, kepelbagaian budaya dan agama.

"Jadi apa sahaja cabaran yang dihadapi, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan kami sudah tidak sabar untuk berjalan bersama-sama rakyat Malaysia yang telah mendaftar," katanya.

Peserta akan dilepaskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Acara jalan kaki sejauh 3.4km ini dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama EcoWorld.

Penaja lain untuk acara ini termasuklah Penaja Kereta: Proton, Penaja Emas: Panasonic dan Penaja Perak: Tenaga Nasional dan YES.

Tahun lepas, EcoWorld dan Star Media Group merupakan rakan kongsi yang berjaya menyatukan #AnakAnakMalaysia dengan projek gelang getah di mana ribuan rakyat memakai gelang tersebut menyokong perpaduan dan kepelbagaian di Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-58.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan