Ramalan Banjir Akan Diberi Tujuh Hari Lebih Awal

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 9:28 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah yang akan diambil seperti digariskan dalam pelan tindakan mitigasi banjir ialah memberi ramalan banjir tujuh hari lebih awal berbanding tempoh biasa, satu hari sebelum ini. 

"Pengumuman ramalan itu akan dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dalam usaha mengurangkan risiko keselamatan nyawa, kerosakan harta benda, infrastruktur serta kemudahan awam," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat di sini pada Jumaat.

Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat hari ini menggariskan pelan tindakan mitigasi banjir yang menumpukan tiga negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan yang sering berhadapan dengan risiko bencana itu setiap tahun.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata bermula tahun ini, Oktober telah dipilih sebagai Bulan Kesiapsiagaan Negara dalam menghadapi bencana banjir susulan jangkaan fenomena La Nina akan berlaku mulai Ogos hingga Oktober dan dijangka berakhir pada suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, beliau difahamkan oleh MET bahawa ancaman banjir pada tahun ini dijangka tidak seteruk banjir yang dihadapi negara pada 2014.

"Kita juga akan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk bekerjasama dalam melakukan persiapan menghadapi musim banjir yang mana pada ketika hanya dalam 24 jam ramalan banjir yang diberikan sebelum ini. Ia menyukarkan operasiperpindahan dan pengurusan mangsa banjir," katanya. 

Dalam pada itu, sebagai langkah jangka panjang mengurangkan risiko banjir di negara ini, Ahmad Zahid berkata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengusulkan pelan mitigasi banjir negara kepada jawatankuasa berkenaan.

"Kos pelan mitigasi banjir ini dianggap terlalu besar iaitu kira-kira RM36 bilion tetapi ianya mesti dirancang dari sekarang.  Kajian awal dan kajian kemungkinan telah dilakukan namun tiada wang yang diperuntukkan buat masa ini kerana kurang kemampuan,"katanya.

Dalam perkembangan lain ketika diminta mengulas mengenai seorang doktor perbidanan dan sakit puan yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan kematian menantu beliau ketika mendapatkan rawatan gigiJun lalu, Ahmad Zahid berharap keadilan dapat ditegakkan.

Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di sebuah pusat pakar pergigian dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan meninggal dunia. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Amaran banjir

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan