PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 12:32 PM

Ahmad Yakob

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob.

"Mengikut keputusan yang dibuat Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) akan buat samanlah (terhadap Sarawak Report). (Saman di) England ke...ikutlah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengucap selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, di sini, Khamis malam.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Anggota Lembaga Tabung Haji Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Pada majlis itu, seramai 150 bakal haji menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.

Sejumlah 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Isnin lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report kerana berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan