Bersatu Tiada Identiti Dan Dasar Perjuangan Jelas - Noh

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 12:00 AM

Noh Omar.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai identiti dan dasar perjuangan yang jelas dalam membela nasib rakyat di negara ini khususnya golongan Bumiputera.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, sebaliknya menyifatkan parti itu didukung kumpulan individu yang kecewa dan ditubuhkan atas dasar kepentingan peribadi semata-mata.

"Kumpulan (yang menubuhkan Bersatu) ini berselindung di sebalik perjuangan membela kebajikan rakyat dan masyarakat Bumiputera yang kononnya gagal dilaksanakan Umno ketika ini.

"Jika mereka (parti baru itu) menyatakan Umno tidak membela kaum Bumiputera dan menyimpang daripada perjuangan asal, ini tidak benar sama sekali. Contohnya dalam kerajaan hari ini yang dipimpin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), soal memperkasakan Bumiputera diletakkan sebagai agenda nasional," katanya kepada pemberita.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditemui selepas pelepasan Kontinjen Majlis Belia Selangor (MBS) sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia (PSMKBM) 2016 di sini Khamis.

Turut hadir, Presiden MBS Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Umno Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lepas, menyerahkan permohonan bagi mendaftar parti baharu itu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.

Susulan itu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat dari Umno sebelum ini, dilaporkan berkata parti baharu itu berhasrat mengambil alih peranan dan perjuangan Umno yang didakwa semakin menyimpang daripada perjuangan asal, dan memperjuangkan kebajikan rakyat dan Bumiputera.

Noh seterusnya berkata Umno bukan sebuah parti politik eksklusif yang memberi keistimewaan kepada mana-mana pihak termasuk bekas-bekas pemimpin negara sebelum ini, untuk mencapai hasrat tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata Umno merupakan organisasi yang wujud atas kesedaran orang Melayu untuk memastikan nasib agama, anak bangsa dan negara lebih terjamin pada masa akan datang, termasuk memelihara kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini, menerusi kerjasama di bawah Barisan Nasional (BN). 
- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Noh Omar , Bersatu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan