Bekas Pemimpin Pernah Digelar 'Kepala Perompak' - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata tiada bezanya kepimpinan beliau dan pemimpin terdahulu kerana kedua-duanya tidak terlepas daripada tohmahan. 

Namun, Najib melahirkan kekecewaan atas sikap pemimpin tersebut yang kini memilih untuk bersubahat dengan musuh politik, walaupun pernah dituduh sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak oleh pihak berkenaan.

"Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya (pemimpin itu) dahulu.

"(Semata-mata) Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan hari ini," kata perdana menteri menerusi rakaman audio terbaharu di laman www.najibrazak.com.

Perdana menteri berkata umum mengetahui bahawa pemimpin tersebut sebelum ini sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha menjatuhkan kerajaan hari ini, semata-mata menjaga air muka dan ego sendiri.

Najib berkata atas sebab ego, pemimpin tersebut sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap kepimpinan serta anggota pentadbiran kini, walaupun apa yang dilontarkan berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan. 

"Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan keatas saya ketika zaman beliau memegang kuasa? "Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak," kata perdana menteri.

Namun, di sebalik serangan pemimpin berkenaan, Najib menegaskan beliau akan meneruskan tanggungjawab serta tugas beliau dalam membangunkan agama, bangsa dan negara.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan