BNM Tutup Siasatan 1MDB, Tindakan Perlu Telah Diambil - Gabenor

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyelesaikan kesemua siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta mengambil semua tindakan perlu di bawah bidang kuasanya, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

"Kami telah menyelesaikan semua siasatan kami ke atas 1MDB berdasarkan kesemua maklumat dan kertas siasatan.

"Kami sudah mengenakan penalti kepada syarikat itu dan mengambil semua tindakan perlu mengikut bidang kuasa kami di bawah undang-undang dan kami telah tutup siasatan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia di sini, Jumaat.

Muhammad berkata demikian bagi mengulas sama ada bank pusat itu akan menjalankan siasatan baharu terhadap 1MDB susulan hasil siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Dilaporkan bahawa DoJ telah menfailkan saman sivil terhadap beberapa individu bagi mendapatkan kembali aset bernilai lebih US$1 bilion (RM4.01bilion), yang didakwa hasil daripada US$3.5 bilion yang diselewengkan daripada 1MDB.

"Apabila ia melibatkan kerjasama antarabangsa, kami tertakluk kepada protokol dan peraturan tertentu, kami akan tertakluk secara ketat kepada protokol berkenaan apabila ia melibatkan kerjasama dengan badan siasatan luar,"katanya.

Pada April, BNM mengenakan kompaun ke atas 1MDB atas kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan bank pusat itu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia , DOJ , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan