Tiada Parti Boleh Tiru, Ganti Umno - Idris Haron

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 11:56 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiada parti yang boleh meniru atau menggantikan Umno sebagai sebuah parti yang telah dan terus memperjuangkan kesejahteraan rakyat di negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata sejak ditubuhkan pada 1946, Umno melalui proses kematangan sungguh hebat, terutama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan proses itu tidak boleh ditiru mana-mana parti yang baru ditubuhkan.

"Menubuhkan parti memiliki ciri-ciri seperti Umno, dari segi warna hinggalah kepada nama dan pendiriannya, adalah sia-sia sahaja kerana parti seperti itu tidak akan dapat bertahan diuji masa, apatah lagi untuk menggantikan Umno.

"Umno kuat disebabkan pengalaman dilaluinya, membentuk sebuah parti yang mempunyai rupa seperti Umno kerana kecewa atau berniat tidak baik, tidak akan memberi manfaat kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini Khamis.

Idris berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 9 Ogos lepas.

Sementara itu, mengulas tentang Pasar Besar Melaka di Peringgit di sini, yang mengalami masalah tanah mendap, beliau berkata siasatan awal mendapati kontraktor terlibat tidak mematuhi pelan pembinaan, terutama melibatkan kerja menanam cerucuk

"Bagi saya sendiri sebagai jurutera, perkara ini tidak dapat diterima dan saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang alasan, lebih-lebih lagi apabila ia memberi risiko terhadap keselamatan orang ramai.

"Kita telah mengarahkan siasatan menyeluruh dibuat tentang isu ini serta akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Idris Haron , Umno

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan