Saya Setia Bersama Umno - Tengku Razaleigh

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 7:35 PM

Tengku Razaleigh Hamzah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tekad untuk setia bersama Umno sekiranya ditawarkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya adalah ahli Umno, dan saya tidak nampak apa-apa salah dalam parti Umno dan jika terdapat apa-apa yang salah dalam parti, saya akan memberi cadangan, pendapat dalam parti. Saya menerima semuanya di dalam parti," katanya kepada pemberita selepas membuka Pameran Perdagangan dan Khidmat Berkaitan untuk Artifak Asia di sini Khamis.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Kumpulan Asian Heritage Museum Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Mukhriz.

Tengku Razaleigh berkata penubuhan parti baharu itu akan menemui jalan sukar kerana ia membabitkan parti pembangkang yang kini jelas sedang berpecah-belah.

Kira-kira 50 artifak dari beberapa negara termasuk China dipamerkan bermula pada Khamis sehingga 14 Ogos di Muzium Warisan Seni, Universiti Malaya.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan permohonan pendaftaran parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya Selasa lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tengku Razaleigh Hamzah , Umno , Bersatu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan