Najib Lawat Pandikar Amin Di Hospital Serdang

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini melawat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menerima rawatan di Hospital Serdang.

Menerusi catatan di laman Twitter rasminya, Najib memuat naik gambar lawatan beliau ke atas Pandikar Amin, yang menjalani pembedahan kecil di jantung semalam.

"Sama-sama kita doakan semoga Tan Sri kembali sihat seperti sediakala, Insya-Allah", kata Najib.

Perdana menteri yang tiba kira-kira 3 petang, meluangkan masa setengah jam bersama Pandikar Amin. 

Setiausaha Akhbar Pandikar Amin, Rena Yusof berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas menjalani pemeriksaan rutin kira-kira 12 tengah hari, Khamis.

"Beliau ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan pihak hospital mendapati ada jangkitan pada jantungnya. 

"Pihak hospital kemudian melakukan pembedahan kecil dengan serta-merta dan kesihatan beliau kini bertambah baik," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Rena berkata, pihak hospital belum memaklumkan bila Pandikar Amin dibenarkan pulang.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan