Kerajaan Lanjut Kontrak CEO MRT Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 11:35 AM

Datuk Seri Shahril Mokhtar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Seri Shahril Mokhtar akan terus menerajui syarikat sehingga 31 Dis, 2018, setelah kerajaan melanjutkan  kontraknya selama dua tahun.

Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan mengiktiraf usaha Shahril memimpin MRT Corp dengan baik.

"Kerajaan telah membuat keputusan bahawa kepimpinan berterusan Shahril dalam  MRT Corp diperlukan untuk melihat kedua-dua fasa Laluan SBK (Laluan Sungai Buloh-Kajang) mula beroperasi pada Disember tahun ini dan Julai tahun depan," katanya dalam satu kenyataan.

Ali berkata pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) akan rancak dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan  pengalaman Shahril akan memastikan cabaran yang dihadapi pada peringkat awal  pembinaan diatasi.

Majlis pecah tanah bagi Laluan SSP itu dijadual berlangsung pada akhir  Ogos 2016.

Shahril menerajui MRT Corp pada 1 Jan tahun lepas. Sebelum memegang jawatan itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd.

Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan