Caj Visa Bagi Haji, Umrah Kali Kedua Dan Seterusnya

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Caj visa SR2,000 (kira-kira RM2,120) dijangka dilaksanakan pada Oktober bagi setiap permohonan untuk mengerjakan haji dan umrah, hanya melibatkan ibadat kali kedua dan seterusnya, menurut Lembaga Tabung Haji (TH) pada Khamis.

TH dalam kenyataan berkata bagi sesiapa yang mengerjakan haji dan umrah buat pertama kali, tiada caj visa dikenakan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan beberapa akhbar Arab Saudi pada 9 Ogos mengenai semakan semula kadar caj visa itu mulai 2 Oktober ini.

"TH akan memaklumkan apabila pemberitahuan rasmi diterima daripada kerajaan Arab Saudi mengenai kadar caj visa haji dan umrah," kata badan pengurusan haji Malaysia itu.

TH berkata umum maklum bahawa bagi jemaah Malaysia yang mengerjakan haji kali kedua, TH mengenakan bayaran haji sebenar bagi tahun semasa tanpa subsidi.

"Oleh yang demikian, apabila caj visa itu dikuatkuasakan, tambahan kos visa sebanyak SR2,000 itu akan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah berkenaan," kata kenyataan itu.

TH berkata langkah semakan itu diperkenalkan kerajaan Arab Saudi bagi memberi ruang kepada umat Islam yang masih belum menunaikan ibadah haji untuk berbuat demikian. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: caj visa , haji , umrah , Lembaga Tabung Haji

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan