AirAsia Akan Pindah Ke Terminal 2E Dan 2F

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia, ke Terminal 2E bagi penerbangan antarabangsa dan 2F bagi penerbangan domestik, berkuat kuasa esok berikutan kerja-kerja pengubahsuaian di Terminal 3.

Tidak ada sebarang perubahan dalam jadual penerbangan domestik dan antarabangsa AirAsia susulan langkah itu, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Kaunter daftar masuk dan kemasukan bagasi AirAsia bagi semua penerbangan antarabangsa dan domestik akan terletak di kaunter 73-81 di kawasan perlepasan Terminal 2F.

"Penumpang yang berlepas dari Terminal 2E dan 2F dinasihatkan tiba dua jam lebih awal sebelum masa berlepas," kata syarikat penerbangan itu.

Bagi kemudahan dan keselesaan, AirAsia mengesyorkan penumpang untuk mendaftar masuk menerusi airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih, mencetak pas masuk mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

Penumpang AirAsia juga boleh menyemak status penerbangan mereka menggunakan ciri-ciri "Manage My Booking" di laman web AirAsia.

Maklumat dan berita terkini berkaitan perpindahan AirAsia ke Terminal 2E dan 2F boleh didapatkan di laman Facebook AirAsia (www.facebook.com/AirAsia) dan Twitter (www.twitter.com/AirAsia).

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan