1MDB Tidak Pernah Tawar Sebarang Pinjaman Perniagaan - Berita Semasa | mStar

1MDB Tidak Pernah Tawar Sebarang Pinjaman Perniagaan

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak pernah menawarkan pinjaman perniagaan atau melantik mana-mana pihak untuk memungut bayaran atau bayaran caj bagi memproses sebarang permohonan berkaitan syarikat itu.

Menurut kenyataan 1MDB pada Khamis, pihaknya dimaklumkan bahawa wujud individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai 1MDB untuk menawarkan pinjaman perniagaan dan memungut bayaran proses.

Satu laporan polis telah dibuat berkaitan perkara berkenaan, menurut 1MDB.

"Kami memohon sesiapa yang didatangi berhubung perkara itu supaya membuat laporan polis dengan segera," menurut 1MDB. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan