Video Tarian Gelek Jadi Viral, Puteri Umno Kota Baru Ditegur

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KETUA Puteri Umno Bahagian Kota Baru, Wan Salmiah Wan Abdul Ghani mengakui kesal apabila video persembahan tarian gelek ahlinya menjadi viral dan mendapat kritikan  pelbagai pihak di media sosial.

Perkara itu disampaikan Wan Salmiah pada mesyuarat bersama Ketua Puteri Umno, Datuk 
Mas Ermieyati Samsudin susulan insiden pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan sayap bahagian itu yang mencetuskan pelbagai tanggapan negatif pada 6 Ogos lalu.

Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar TV, Azlina Mazli dan jurukamera, Nashriq.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan