Tun M Masih Dirawat Di IJN - Berita Semasa | mStar

Tun M Masih Dirawat Di IJN

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan ke IJN sejak semalam kerana jangkitan di dada.

Dr Mahathir kini diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari sehingga keadaan kesihatannya pulih seperti biasa, kata jurucakap IJN kepada Bernama.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir, 91, ditempatkan di wad biasa dan lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga sahaja berdasarkan nasihat pasukan perubatan.

Pada 1989, beliau mengalami masalah jantung dan pernah melalui pembedahan pintasan koronari di IJN pada tahun tersebut.

Beliau menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007.

Pada 2013, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan jangkitan di dada.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: IJN , Dr Mahathir Mohamad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan