Sekolah Kebangsaan Untuk Semua Kaum - Mahdzir

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 9:11 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) merupakan sekolah yang disediakan untuk semua kaum yang mana pelajar akan menggunakan bahasa penghantar dan kurikulum yang sama, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menegaskan bahawa tidak timbul isu bahawa sesebuah SK itu Islamik atau tidak Islamik, Mahdzir berkata SK adalah tempat untuk memupuk perpaduan kaum dan tempat generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain. 

"Murid dari semua latar belakang serta kaum memperoleh akses pembelajaran seperti yang telah disediakan oleh kerajaan termasuk pembelajaran bahasa ibunda seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di SK," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya pada Rabu.

Ia merupakan sistem yang dilaksanakan berlandaskan dasar-dasar yang telah ditetapkan  seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, katanya lagi. 

Mahdzir berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal pada Selasa yang mendakwa beliau mengatakan 'Kami Tak Akan Biarkan Sekolah Kebangsaan Jadi Terlalu Islamik.'

Mengenai isu doa yang diamalkan di SK yang turut dibangkitkan dalam laporan portal berkenaan, beliau berkata doa itu tidak menjadi isu kerana ia  bertujuan memperoleh kesejahteraan kepada semua pelajar dan guru-guru termasuk mereka yangbukan Islam. 

Kata Mahdzir, doa sedemikian turut diamalkan di pejabat-pejabat selain majlis keramaian yang dianjurkan oleh orang perseorangan dan institusi-institusi dan merupakan ikhtiar manusia untuk melindungi daripada sebarang anasir yangboleh menjejaskan kesejahteraan umum. 

Beliau berkata Akta Pendidikan 1996 membenarkan penubuhan sekolah-sekolahpelbagai aliran seperti SK, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah mubaligh. 

Ibu bapa diberikan kelonggaran untuk memilih mana-mana aliran pendidikan yang ditawarkan di bawah Kementerian Pendidikan seperti aliran agama, vernakular dan SK, katanya. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan