Tindakan Sarawak Kenakan Syarat Kerja Berdasarkan Persepsi Tidak Tepat - Petronas

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas menyifatkan keputusan Kerajaan Sarawak mengenakan moratorium terhadap permohonan permit kerja baharu mungkin berdasarkan persepsi tidak tepat bahawa pelan penstrukturan semula syarikat itu memberi impak tidak adil terhadap tenaga kerja dari negeri itu.

Syarikat minyak nasional itu berkata ia sudah mengadakan beberapa pertemuan serta taklimat dengan pegawai kerajaan Sarawak di pelbagai peringkat susulan pelaksanaan langkah penstrukturan semula itu.

"Petronas akan meneruskan usaha komunikasi, termasuk dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berhubung kebimbangan Kerajaan Negeri, khususnya mengenai keperluan pekerja di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan moratorium  serta-merta bagi semua permohonan baharu permit kerja Petronas melibatkan pekerja dari luar Sarawak untuk berkhidmat dengan operasi syarikat di negeri itu.

Uggah dipetik sebagai berkata keputusan oleh Kerajaan Negeri itu adalah bagi  memastikan Petronas bersikap adil serta telus ketika berurusan dengan Sarawak berhubung operasi syarikat itu di sana.

Petronas turut menegaskan Sarawak kekal menjadi negeri pelaburan utamanya dan keperluan tenaga kerja akan terus meningkat.

"Petronas menjangkakan majoriti pekerja yang diperlukan akan menepati permintaan baharu dengan melibatkan tenaga kerja anak Sarawak, sebagaimana syarat pengambilan sedia ada," katanya.

Menurut syarikat minyak nasional itu, beberapa jawatan juga dijangka akan disandang oleh kalangan pekerja berpengalaman yang mungkin melibatkan kalangan bukan rakyat Sarawak.

Jelasnya, sepertimana syarikat minyak dan gas di serata dunia, Petronas akan terus meneliti strategi perniagaan dan keperluan tenaga kerja bagi mempertingkat kecekapan serta kemampanannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan