Anggota Parlimen Belia Cadang Hukuman Kastrasi Kimia Untuk Pesalah Pedofilia

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 8:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen Belia mencadangkan hukuman Kastrasi Kimia (pengebirian kimia) dikenakan ke atas pesalah pedofilia di negara ini. 

Wakil Kedah Mohd Firdaus Ahmad mencadangkan perkara itu pada persidangan Parlimen Belia di sini pada Rabu ketika membahaskan usul agar kerajaan menambahbaik undang-undang sedia ada dan mengambil langkah-langkah drastik mengekang jenayah pedofilia.

Mohd Firdaus berkata hukuman melalui perubatan tersebut boleh memberi impak emosi terhadap individu lain dan mencegah mereka yang berpotensi daripada melakukan jenayah terkutuk itu.

"Pada Mei lalu media melaporkan Presiden Indonesia berkenan meluluskan hukuman kastrasi kimia terhadap pesalah kanak-kanak. Begitu juga di beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Poland, Rusia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat yang telah melaksanakan hukuman ini.

"Hukuman ini merupakan satu cara pemandulan dan boleh menimbulkan rasa takutkepada pesalah-pesalah lain," katanya.

Terdahulu ketika membawa usul berkenaan, wakil Selangor yang juga PengerusiJawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan, Muhamad Ridhwan Muhamad Roslimen cadangkan agar diwujudkan satu pangkalan data khas bagi pesalah-pesalahpedofilia ini untuk rujukan awam.

Katanya pangkalan data itu yang perlu disediakan secara dalam talian bolehmenjadi satu sistem untuk mengesan atau mengetahui latar belakang seseorang pesalah terutama apabila mereka memohon pekerjaan di pusat asuhan kanak-kanak atau sekolah.

"Langkah ini telah dilaksanakan di banyak negara yang juga boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mengawal pergaulan anak-anak mereka dengan individu yang dicurigai," katanya.

Selain itu katanya kerajaan juga perlu menambah baik akta dan undang-undangsedia ada agar hukuman lebih berat boleh dikenakan kepada pesalah pedofilia.

Usul berkenaan kemudian diluluskan sebulat suara oleh Parlimen Belia.

Pada Selasa, Parlimen Belia meluluskan dua usul iaitu memohon kerajaan meminda semula Akta Seksyen 233 (Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan usulagar kerajaan membuat ketetapan serius usaha mempertahankan kedaulatan negara di Laut China Selatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kastrasi Kimia , pedofilia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan