MH370: Jika Menjunam 20,000 Kaki Seminit, Tentu Ada Serpihan - Pakar

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang ujian mempertikai laporan berita bahawa pesawat MH370 menjunam ke dalam laut pada kelajuan amat tinggi iaitu hingga 20,000 kaki seminit memandangkan tiada sebarang serpihan ditemukan pasukan mencari.

Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata sekiranya pesawat itu menjunam ke dalam laut pada kelajuan itu, ia sudah tentu berkecai.

Katanya, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana tiada sebarang kesan letupan dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Beliau berkata teori itu tidak dapat diterima kerana tiada langsung serpihan besar atau fiuslaj dijumpai anggota dan pegawai pasukan mencari sejak operasi mencari MH370 dilancarkan 888 hari lepas.

"Pelik...kami sepatutnya menjumpai sekurang-kurangnya serpihan kecil atau besar atau malah sebahagian daripada fiuslajnya jika teori itu betul...tapi, tiada satu pun yang dijumpai...mungkin MH370 kehabisan bahan bakar, maka tidak berlaku letupan," katanya pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak teori pesawat itu menjunam pada kelajuan tinggi.

"Kami hanya boleh menerima data itu dan membuat penyelidikan serta andaian untuk memecahkan kebuntuan, selain mencari serpihannya. Itulah objektif utama kami," jelasnya.

Pada Selasa, saintis pertahanan Australia yang menganalisis isyarat daripada MH370mendedahkan bahawa pesawat jenis Boeing 777 itu jatuh dengan amat laju sebelum terhempas ke dalam Lautan Hindi di luar pantai Australia Barat.

Hasil daripada analisis yang dibuat terhadap data dan simulasi pengeluar pesawat berkenaan menunjukkan MH370 mungkin kehilangan kuasa enjinnya sebelum jatuh pada kelajuan hingga 20,000 kaki seminit pada 8 Mac 2014.

Ditanya tentang kemungkinan pesawat itu terhempas pada kelajuan tinggi dikawasan mencarinya, bekas juruterbang Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata kapal dan pesawat yang terlibat dengan operasi mencari tidakmenemukan sebarang serpihan luar biasa.

"Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang dicipta untuk berfungsi apabila berlaku sesuatu nahas, tidak menghantar sebarang mesej. ELT tentu akan hidup sekiranya MH370 menjunam dengan kelajuan 20,000 kaki seminit. Dalam kes ini, itu tidak berlaku. 

"Sebab itulah saya masih berpegang pada teori bahawa ada seseorang yangmengawal pesawat itu untuk melayang dan mendarat dengan lancar, menanggalkan 'cowling' enjin, flaperon dan sebagainya. Sesebuah pesawat akan berkecaiapabila berada 6km di dalam air disebabkan aktiviti seismik dan arus lautan.

"Maka, ia sudah tentu akan berkecai. Mayat dan kerusi terapung di meratatempat. Tetapi, setakat ini, itu tidak berlaku," kata bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Sementara itu, pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia(UPM) Prof Madya Dr Kamarul Arifin Ahmad berkata serpihan daripada pesawat itu tentu berselerak dan terapung sekiranya ia menjunam ke dalam laut pada kelajuan tinggi.

Kata beliau, memandangkan tiada serpihan besar ditemukan di kawasan mencari,maka para pegawai patut mencari penyelesaian lain atau alternatif untuk mengesan kotak hitam, yang akhirnya boleh merungkai misteri ini.

Sementara itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporanmingguannnya berkata kapal pencari, Fugro Discovery, akan beredar dari kawasan mencari untuk kali terakhir pada 11 Ogos dan singgah di Singapura untuk membuat persiapan bagi menjalankan projek seterusnya, yang tidak mempunyai kaitan dengan MH370.

ATSB berkata pelan pencarian menetapkan bahawa kawasan pencarian selebihnyaakan diliputi dengan menggunakan kapal lain dan setakat ini, lebih 110,000 kilometer persegi kawasan dasar laut sudah diliputi.

Malaysia, China dan Australia akan menggantung, tetapi bukan menghentikan,usaha mencari MH370 apabila pencarian selesai dilakukan di kawasan keutamaan seluas 120,000 kilometer persegi.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar sejurus berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu belum ditemukan walaupun operasi mencari secara besar-besarandilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan ia dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asalnya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: MH370 , pakar , menjunam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan