Malaysia Sedia Kongsi Pengalaman Perangi Ancaman Keganasan

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 1:19 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) menghadiri Mesyuarat Antarabangsa Anti Keganasan, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BALI: Malaysia menawarkan untuk berkongsi pengalamannya dan amalan terbaik dalam memerangi ancaman keganasan di peringkat antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Rabu.

Beliau berkata Malaysia berjaya mengambil langkah bagi mengukuhkan struktur undang-undang dalam menghadapi ancaman pengganas dengan mewujudkan undang-undang baharu serta meminda beberapa undang-undang tertentu.

"Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 telah digubal bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tahun lalu kami memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. Ia adalah undang-undang pencegahan khusus bagi menangani ancaman pengganas.

"Akta ini untuk mencegah pelakuan atau menyokong perbuatan pengganas yang melibatkan organisasi pengganas yang tersenarai dalam negara atau di  mana-mana negara asing," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Antarabangsa bagi Memerangi Keganasan: Pergerakan Rentas Sempadan oleh Pengganas di sini, Rabu.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kemunculan fenomena baharu, pejuang pengganas asing (FTF) yang kini semakin pantas melebarkan sayapnya dan semua orang perlu menghentikannya.

"Malaysia amat bimbang mereka yang berhasrat menyertai Daesh, termasuk warga asing menggunakan negara kami sebagai transit sebelum meneruskan misi mereka untuk berkhidmat dengan Daesh di Iraq dan Syria. Militan yang pulang ke Malaysia membawa ideologi radikal mereka untuk mempengaruhi orang lain, dan ia merupakan perkara yang serius bagi kami," tambah beliau.

Ahmad Zahid berkata Malaysia bimbang ancaman pengganas khususnya ancaman Daesh dan baru-baru ini serangan pengganas yang berlaku di Istanbul serta serangan di Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi membuktikan negara Islam juga tidak terkecuali daripada ancaman itu.

"Sehubungan itu, saya mahu menekankan bahawa Daesh tidak mewakili Islam, tetapi sebuah pergerakan radikal berdasarkan ideologi radikal," katanya.

Ahmad Zahid berkata untuk mengatasi masalah itu, kerajaan Malaysia memperkenalkan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015 yang membolehkan penggantungan dan membatalkan dokumen perjalanan Malaysia jika individu itu menyertai pertubuhan pengganas yang disenaraikan.

Beliau berkata selain itu, Malaysia juga menandatangani perjanjian ekstradisi dan kerjasama bantuan undang-undang dengan beberapa negara dan perjanjian itu amat berguna untuk mengesan pergerakan penjenayah buruan dan boleh juga digunakan bagi proses pendakwaan pengganas di negara lain.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan