Keluarga Tidak Tidur Semalaman Tunggu Pandelela Beraksi

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 2:49 PM

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong (tengah) menerima ciuman daripada ibu bapanya Hartini Lamim, 44, dan Pamg ak Joheng, 46, (kanan) ketika tiba dari London selepas menyertai Sukan Olimpik tahun 2012. Pada Olimpik 2012 Pandelela berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita dan pada Olimpik Rio 2016 beliau berjaya meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita bersama pasangannya Cheong Jun Hoong. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ibu bapa serta anggota keluarga Pandelela Rinong Pamg tidak tidur semalaman kerana menanti saat kejayaan ratu terjun negara itu beraksi di pusat akuatik di Rio pagi tadi bersama pasangannya Cheong Jun Hoong.

Pamg Joheng ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata, kemenangan yang dicatat oleh anaknya bersama Jun Hoong sangat menggembiranya mereka sekeluarga.

"Yang lebih manis lagi kerana pada kali ini pingat yang dimenangi adalah perak dan sudah tentu ianya bukan sahaja menggembirakan kami sekeluarga tetapi saya percaya seluruh rakyat Malaysia turut meraikannya.

"Kami sekeluarga tidak tidur untuk menonton di televisyen acara terjun membabitkan Pandelela dan Jun Hoong berakhir. Saya sendiri tidak tidur semalaman dan terus turun bekerja pagi tadi," katanya.

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.

Menurut Pamg, beliau bersama isteri dan anak lelakinya yang juga bekas penerjun negara Pardika Indoma akan terbang ke Rio pada 15 Ogos ini untuk bersama-sama Pandelela untuk menyaksikan beliau beraksi dalam acara 10m individu dan akan kembali ke tanah air pada 21 Ogos.

Pada Sukan Olimpik London empat tahun lepas Pandelela merangkul pingat gangsa dalam acara berkenaan yang merupakan pingat Olimpik pertama yang pernah dimenangi oleh atlet wanita dari Malaysia.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan