Main Pokemon GO Jangan Sampai Jejas Produktiviti - Richard Riot

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot menasihati mereka yang ketagih dengan 'Pokemon GO' supaya tidak bermain  permainan itu di tempat kerja.

Kemerosotan produktiviti boleh mengakibatkan kerugian, pemotongan gaji dan dibuang kerja, katanya apabila mengulas tentang kegilaan bermain 'Pokemon GO' yang dilaporkan melanda banyak negara hingga banyak pekerja bermain permainan itu pada waktu bekerja.

Bercakap kepada media di luar Persidangan Gaji Berkaitan Produktiviti Malaysia di sini, beliau berkata: "Apakah yang akan terjadi apabila kadar produktiviti menurun? Gaji tidak boleh dibayar dan seterusnya, pembuangan pekerja akan berlaku.

Riot berkata beliau menangani beribu-ribu kes pembuangan pekerja atau pekerja diminta untuk berhenti kerja.

"Ada syarikat tidak mampu membayar gaji pekerja mereka dan setiap minggu, saya mengendalikan tidak kurang 1,000 kes pekerja dibuang atau diminta berhenti kerja kerana pelbagai sebab, sesetengahnya kerana salah laku mereka sendiri," kata beliau.

Ditanya sama ada majikan mematuhi syarat gaji minimum, beliau berkata adalah terlalu awal untuk kementerian berkenaan menentukan perkara itu.

Beliau berkata kementerian itu menjangka dapat mengetahui dalam masa tiga bulan lagi, sama ada syarikat mematuhi perintah gaji minimum yang berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Gaji minimum ditetapkan RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan