Guru Kritikal Dipercayai Akibat Kencing Tikus

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 11:25 PM

Mohd Yusri Yaccob

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang guru berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus selepas mengadakan aktiviti berkayak di Sungai Ketil, Baling, bulan lepas.

Mangsa Mohd Yusri Yaccob, 42, dimasukkan ke Hospital Jitra pada 31 Julai, selepas mengalami demam dan muntah-muntah. 

Isteri mangsa, Nuri Yana Omar, 41, berkata doktor pada mulanya mengesyaki suaminya mengalami sakit jantung kerana degupan jantungnya lemah, dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 2 Ogos lepas.

"Hasil pemeriksaan darah mendapati suami saya positif terkena jangkitan kencing tikus dan dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas mengalami kegagalan buah pinggang, hati dan jantung," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Beliau berkata suaminya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan TunkuSeri Indera Putera, Ayer Hitam, berkunjung ke Sungai Ketil pada 15 Julai lalu, bersama beberapa guru dan murid sekolah untuk menjalani aktiviti berkayak dan memanjat gunung di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pemeriksaan awal menunjukkan mangsa mengalami gejala dan tanda jangkitan leptospirosis.

Namun, beliau berkata pihak hospital telah menghantar sampel darah mangsa ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur untuk pengesahan lanjut.

"Mangsa berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan rawatan rapi daripada pakar perubatan," katanya dalam kenyataan.   

Dalam pada itu, beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah Baling telah memaklumkan bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang laporan kes berkaitan kencing tikus di lokasi terbabit.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Leptospirosis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan