Farmasi Di Kota Bharu Didenda Pamer Poster Model Wanita Tidak Tutup Aurat

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 11:58 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sebuah lagi farmasi di sini didenda kerana memaparkan poster iklan yang menunjukkan seorang model wanita tidak menutup aurat.

Menurut salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan, pegawai penguatkuasa daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah datang ke farmasi di Aeon Mall pada 26 Julai dan mengeluarkan saman kepada pihak pengurusan kerana memaparkan poster tersebut.

"Saya diberitahu bahawa pengurus perlu membayar RM150 bagi kesalahan itu," kata pekerja itu, sambil menambah poster itu hanya diletakkan baru-baru ini.

Yang Dipertua MPKB Zamri Ismail ketika dihubungi mengesahkan saman telah dikeluarkan terhadap farmasi itu dan pihak majlis amat serius dalam memastikan peniaga mematuhi kod berhubung pameran poster.


"Saya tak faham mengapa peniaga tidak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan terhadap permit dan premis perniagaan mereka.

"Kami akan terus memantau keadaan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: tutup aurat , poster , MPKB

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan