#AnakAnakMalaysia Walk Kini Acara Global

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 4:02 PM

Ketua Pegawai Eksekutif Eco World London Cheong Heng Leong mengetuai kakitangan pejabat syarikat itu di sana bersama rakyat Malaysia yang lain menunjukkan sokongan kepada #AnakAnakMalaysia2016 Walk yang bakal diadakan Ahad ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: #AnakAnakMalaysia Walk 2016 kini telah menjadi satu acara global apabila rakyat Malaysia di seluruh dunia bersatu padu dan berganding bahu untuk meraikan kepelbagaian di Malaysia.


Di kawasan projek hartanah Embassy Gardens di England, pejabat EcoWorld London dan rakyat Malaysia di sana yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cheong Heng Leong pada Rabu sudah bersedia untuk memulakan sokongan global terhadap acara jalan kaki #AnakAnakMalaysia ini.

Pengarang The Star Online Philip Golingai berkata acara jalan kaki perpaduan di Kuala Lumpur Ahad ini telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia di seluruh dunia.

"Mereka mahu menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah ini. Kami amat terharu dengan sokongan mereka dan mahu rakyat Malaysia menyertai kami dengan menghantar gambar mereka menjelang acara itu bermula Rabu.

"The StarTV juga akan menyiarkan 'live streaming' di thestartv.com/live/anak-anak-malaysia-2016 bagi membolehkan rakyat Malaysia menonton acara itu," katanya.

Walaupun anda tidak berada di Kuala Lumpur, anda boleh menyertai #AnakAnakMalaysia Walk 2016 dari mana sahaja anda berada.

Hanya kongsikan gambar anda bersama poster, yang disertakan di sini.

Atau, anda boleh memuat turun poster tersebut di www.facebook.com/TheStarOnline.

Bagaimana anda bergambar dengan poster itu terpulang kepada anda - sama ada anda mencetaknya, memaparkannya pada telefon atau pada peranti tablet anda! Selfie dan wefie sangat dialu-alukan.

Anda boleh menghantar gambar-gambar tersebut menerusi emel online@thestar.com.my atau memuat naik gambar-gambar di akaun Instagram atau Twitter dengan hashtag #AnakAnakMalaysia2016.

Gambar yang dihantar akan dikongsi di akaun media sosial The Star Online dan anda boleh mula menghantarnya hari ini!

#AnakAnakMalaysia Walk 2016, yang akan diadakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan, akan bermula di Pusat Bandar Bukit Bintang pada Ahad.

Sempena dengan Hari Kemerdekaan yang akan datang, Star Media Group dan EcoWorld menjemput semua rakyat Malaysia untuk berjalan bersama-sama sebagai satu negara dalam suasana harmoni.

Acara jalan kaki sejauh 3.4km ini bermula dari persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Pudu di bekas tapak Penjara Pudu dan akan dilepaskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

#AnakAnakMalaysia Walk 2016 dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama EcoWorld.

Penaja lain untuk acara tersebut termasuklah Proton (penaja kereta), Panasonic (Penaja Emas) dan Tenaga Nasional dan YES (Penaja Perak).

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-7967 1388, ext 1432/1529/1243 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang).


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan