AirAsia Tawar Hiburan Dalam Penerbangan Percuma Guna Platform Rokki

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 3:02 PM

Aireen Omar.

Aireen Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan hiburan dalam penerbangan percuma menerusi portal roKKi, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan perkhidmatan roKKi Wi-Fi yang dilancarkan pada 2014.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata perkhidmatan tersebut tersedia bagi penerbangan terpilih AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) di portal roKKi menerusi www.rokki.com, yang sekarang ini ditawarkan di 33 pesawat.

AirAsia berkata kandungannya termasuklah perjalanan yang dipilih susun, video fesyen dan sukan yang dihasilkan AirAsia, serta kandungan daripada Astro Shaw seperti filem pecah panggung tempatan termasuk Ola Bola, Polis Evo, Maindhan dan The Journey.

Filem aksi tempatan 'Temuan Takdir' juga akan ditayangkan buat pertama kali dalam penerbangan terpilih selama tiga hari bermula 8-10 Ogos, menjadikannya filem Malaysia pertama ditayangkan dalam penerbangan sebelum tayangan perdananya di panggung wayang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar berkata hubungan internet adalah satu keperluan dan syarikat penerbangan itu gembira dapat menyediakan roKKi Wi-Fi kepada semua penumpang dan berkongsi peningkatan itu di platform roKKi.

"Kini, pelanggan kami dapat menikmati hiburan percuma di peranti mereka sendiri semasa dalam penerbangan dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa disediakan kepada semua orang.

"Kami mengalu-alukan pelanggan kami menaiki penerbangan kami yang disediakan dengan kemudahan platform roKKi, dan berharap mereka akan memanfaatkan hiburan dalam penerbangan percuma ini, selain menggunakan roKKi Chats dan pelan Internet yang ditawarkan pada harga berpatutan," kata Aireen.

Pelan AirAsia roKKi Wi-Fi termasuk Pelan Chats dengan hanya RM9 bagi 3MB (aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk  and  Viber) dan Pelan Internet dengan hanya RM18 bagi 10MB (bagi pengguna Internet ringan, tidak termasuk YouTube dan muat turun app store), kata syarikat penerbangan.

Tags / Kata Kunci: wifi AirAsia , Rokki , Aireen Omar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan