"Ini Bukan Gimik" - Pemilik Rayani Air

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenyataan mengenai Rayani Air akan kembali beroperasi di Facebook bukan sekadar gimik, kata pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran.

Mengulas mengenai status di media sosial itu kepada mStar Online, Ravi berkata, beliau sedang berusaha untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan kewangan sebelum membuat permohonan lesen baharu kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Katanya, keutamaan ketika ini adalah rundingan bersama pelabur bagi mendapatkan suntikan dana.

"Ini bukan gimik saya, memang saya mahu Rayani Air kembali beroperasi. Saya sedang mengusahakannya dengan menumpukan hal berkaitan kewangan.

"Ia masih di peringkat rundingan bersama pelabur-pelabur untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangan syarikat menerusi suntikan dana," katanya.

Beliau berkata demikian sambil mengesahkan telah memuat naik 'posting' bahawa 'Rayani  Air akan kembali beroperasi tidak lama lagi' di akaun Facebook miliknya pada Ahad lalu.

Menurut Ravi, ketika ini terdapat tiga pelabur yang berminat dengan syarikat penerbangan itu, masing-masing dari India, Taiwan dan China.

"Kita sedang mempersiapkan dokumen-dokumen untuk diteliti pelabur termasuk perancangan perniagaan dan invois mengenai perkara-perkara telah dibayar dan belum dibayar oleh Rayani Air.

"Bukan kita tidak mahu memohon lesen sekarang, tetapi kita mahu menyediakan bukti dana, suntikan dana apabila membuat permohonan lesen nanti," katanya.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, Rayani Air perlu mengemukakan permohonan baharu kepada DCA dan Mavcom jika ia berhasrat memulakan semula operasinya.

Menurut Ab Aziz, syarikat itu juga perlu mengemukakan strategi perniagaan yang baharu selain mendapatkan rakan kongsi yang mempunyai dana mencukupi untuk menjalankan perniagaan.

Mengulas lanjut, Ravi berkata, dokumen mengenai strategi perniagaan sedang dipersiapkan dengan mengambil kira rundingan bersama para pelabur.

"Kita sedang mengusahakannya menerusi rundingan bersama pelabur dan selepas itu kita buat permohonan lesen," ujar Ravi.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa berkaitan dapat memberi jaminan berhubung pengeluaran lesen sekiranya Rayani Air menerusi permohonan lesenya dapat membuktikan terdapat dana mencukupi untuk syarikat itu beroperasi semula.

Jun lalu, DCA membatalkan Sijil Operasi Udara (AOC) bagi Rayani Air selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat berkenaan.

Mavcom pula turut membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air selepas mendapati syarikat itu melanggar syarat yang ditetapkan ASL, serta mempunyai kedudukan kewangan yang lemah untuk terus beroperasi.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Mavcom , DCA , Ravi Alagendrran

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan