Pemuda BN Pandang Serius Penubuhan Parti Baharu Oleh Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 2:37 PM

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (kanan) yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) bergambar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) memandang serius penubuhan parti baharu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana sentimen dan pengaruh Muhyiddin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir masih wujud di kalangan ahli Umno.

"Penubuhan parti baharu ini perlu diambil serius kerana ia bukan ditubuhkan oleh mereka yang tiada pengalaman dalam politik.

"Parti ini ditubuhkan oleh bekas timbalan perdana menteri dan dinaungi oleh bekas perdana menteri... mereka sasarkan ahli dan penyokong Umno sebagai ahli dan penyokong mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Selasa.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, penerangan dan penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh parti baharu perlu diberikan kepada ahli serta penyokong Umno di setiap peringkat supaya tidak timbul kekeliruan sesama mereka.

"Sentimen terhadap Dr Mahathir masih ada di kalangan ahli-ahli kita.

"Kita tak mahu mereka terkeliru dan beri sokongan kepada parti baharu dengan menyatakan bahawa parti itu adalah lawan kepada Umno, bukan membantu Umno, ia ditubuhkan untuk melawan parti kita," katanya.

Khairy berkata, apa yang perlu dilakukan oleh Umno dan BN pada masa ini adalah menguruskan persepsi serta sentimen tersebut.

Mengenai jangka hayat parti baharu itu, Khairy berkata, ia terletak di tangan rakyat yang membuat pilihan melalui proses demokrasi.

Katanya, apa yang lebih penting adalah usaha-usaha yang dibuat oleh Umno untuk memastikan kelangsungan parti.

"Sama ada parti itu tahan lama atau tidak saya tidak boleh bercakap tentangnya, terpulang kepada rakyat.

"Bagi saya sebagai pemimpin Umno adalah penting untuk kita mengambil serius penubuhan parti ini disebabkan personaliti di belakang penubuhannya dan disebabkan mereka mensasarkan ahli dan penyokong Umno," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , BN , Politik

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan