Najib Ingatkan Pemegang Biasiswa JPA Penuhi Kontrak, Berkhidmat Dalam Negara

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 8:16 PM

Najib (kanan) bermesra bersama seorang pelajar, Timothy Tam (kiri) yang mendapat tajaan JPA selepas sesi dialog bersama 14 Pelajar yang mendapat tajaan JPA di Pejabat Perdana Menteri pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengingatkan para pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar mematuhi kontrak biasiswa dan berkhidmat dalam negara selepas tamat pengajian.

Beliau berkata para pemengang biasiswa memikul tanggungjawab dan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Katanya pemberian biasiswa merupakan satu bentuk pelaburan kerajaan untuk mengenal pasti mereka yang terbaik dan cemerlang untuk berkhidmat untuk negara, khususnya dalam perkhidmatan awam.

"Warga Malaysia yang diberi keistimewaan dan peluang pendidikan yang baik, dibiayai kerajaan dan rakyat, mempunyai tanggungjawab kolektif untuk menggunakan serta menyumbang kemahiran dan bakat mereka demi kebaikan rakyat Malaysia," katanya dalam sesi dialog bersama 14 siswazah di bawah program biasiswa JPA, di sini Selasa.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) Shareen Shariza Abdul Ghani.

Dialog anjuran TalentCorp itu dihadiri pemegang biasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka dari universiti terkemuka di Malaysia dan luar negara seperti Australia, Perancis, Korea Selatan, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Siswazah tajaan JPA itu kini bekerja dengan majikan terkemuka seperti Gamuda Bhd, IBM Malaysia, iflix, Lazada Malaysia, Petronas, PwC Malaysia, Schlumberger Business Support dan badan kerajaan seperti Bank Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Khazanah Nasional Bhd.

Najib juga mengumumkan bahawa JPA telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan TalentCorp untuk memperbaharui kerjasama bagi tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan inisiatif Penarikan dan Pengekalan Bakat Biasiswa (STAR).

TalentCorp dalam kenyataan, berkata inisiatif itu membolehkan siswazah  tajaan JPA yang tidak terpilih bekerja di sektor awam untuk menjalani ikatan kontrak biasiswa mereka di sektor swasta.

Ia berkata inisiatif STAR juga memberi peluang kepada pemegang biasiswa JPA untuk membina kerjaya dalam sektor-sektor utama ekonomi dan pada masa yang sama mengambil bahagian dalam transformasi ekonomi Malaysia.

"Dengan cara ini, negara akan mengoptimumkan tenaga kerja biasiswa dengan memastikan mereka yang tidak diperlukan bagi sektor awam dikekalkan dan dipupuk untuk menyumbang kepada bidang-bidang keutamaan ekonomi Malaysia," katanya.

Di bawah MoU baharu itu, JPA dan TalentCorp bersetuju untuk meningkatkan usaha dalam menguatkuasakan syarat-syarat kontrak biasiswa JPA bagi memastikan mereka yang diberi biasiswa JPA sebelum tahun ini menjalani ikatan kontrak perkhidmatan mereka di Malaysia selepas tamat pengajian.

Sementara itu, Shareen Shariza berkata permintaan bagi lulusan tajaan JPA yang terbaik jauh melebihi penawaran, khususnya bagi pemegang biasiswa daripada universiti luar negara.

"Pada masa ini, terdapat lebih daripada 3,000 pemegang biasiswa berdaftar di bawah inisiatif STAR dan sedang menjalani ikatan kontrak biasiswa mereka bersama 1,700 syarikat sektor swasta dalam memacu transformasi ekonomi negara," katanya.

Katanya enam sektor teratas yang mengambil pemegang biasiswa tersebut adalah perkhidmatan profesional, minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, elektrik dan elektronik, maklumat, teknologi maklumat dan komunikasi(ICT)/ perkhidmatan perniagaan global (GBS) dan pembinaan.

Selain inisiatif STAR, JPA bekerjasama dengan Razak School of Government dalam program Talent Acceleration in Public Service (TAPS) untuk memupuk dan menarik tenaga kerja yang terbaik dan cemerlang dalam kalangan pemegang biasiswa JPA ke dalam pekhidmatan awam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , biasiswa JPA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan