Muhyiddin Daftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti politik baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia lewat hari ini.

Ahli Jawatankuasa Protem, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa dokumen pendaftaran bagi penubuhan parti baharu yang akan dikenali sebagai 'Bersatu' itu akan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pada pukul 3.30 petang, Selasa.

Ditanya mengenai sama ada parti politik baharu itu akan dianggotai oleh kaum Bumiputra, beliau mengesahkan bahawa ia menggunakan "model berasaskan Bumiputra".

Bagaimanapun katanya terdapat perkara-perkara lain mengenai model itu namun tidak boleh didedahkan buat masa ini.

"Ia adalah satu model yang sangat menarik. Sila tunggu mengenainya," katanya.

Dijangka bahawa Muhyiddin akan menerajui parti baharu itu sebagai presiden.

Setelah mendaftar, parti itu akan dianggap sebagai kumpulan serpihan Umno kerana ramai ahlinya dijangka dikalangan bekas ahli Umno.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan