Di Pejabat Saya Pun Ada 'Raksasa' Pokemon - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Demam Pokemon Go terus dirasai pelbagai golongan tanpa mengira latar belakang dan terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut memberi pandangannya tentang permainan itu.

Khairy berkata beliau sentiasa menyokong sebarang bentuk aktiviti kecergasan asalkan ia dilakukan secara sederhana.

"Di pejabat saya pun sekarang ada 'monster' Pokemon, staf saya ke pejabat saya bila saya tiada di sana.

"Saya suka apa-apa saja yang menggalakkan kecergasan, tapi saya rasa apa sahaja yang kita lakukan kita kena bersederhana," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di sini, Selasa.

Khairy berkata, bukan hanya permainan Pokemon Go, aspek kesederhanaan perlu diamalkan dalam segenap aspek kehidupan.

"Tak kiralah sama ada Pokemon, makanan, jangan sampai keterlaluan, segalanya perlu bersederhana," katanya.



Aplikasi yang direka oleh syarikat Niantic Incorporation daripada Nintendo Amerika Syarikat (AS) mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 75 juta orang memuat turun aplikasi permainan itu di Play Store dan App Store.

Pokemon Go dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai, memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara lain pada Ahad.

Permainan ini menggunakan kamera telefon pintar untuk mewujudkan satu pengalaman realiti di mana Pokemon kelihatan hadir secara fizikal di lokasi pemain.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan