Bersatu Tak Harapkan Sokongan Ahli Umno - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 5:48 PM

Muhyiddin menunjukkan risalah perlembagaan Bersatu yang dibawa ketika menyerahkan permohonan parti baharu itu ke pejabat RoS, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal diterajuinya tidak mengharapkan sokongan ahli Umno.

Beliau berkata, Bersatu menyediakan ruang baharu untuk sesiapa sahaja bukan hanya untuk ahli Umno dengan perjuangan yang sama.

Katanya, parti itu memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan yang menyeluruh untuk memelihara setiap hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran.

"Saya tidak harapkan sokongan dalam Umno kerana mereka ahli Umno.

"Bersatu menyediakan ruang baharu bukan sahaja untuk ahli Umno tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen permohonan bagi mendaftarkan parti politik baharu itu di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini, Selasa.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa terdapat segelintir ahli Umno yang menunjukkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan sedia ada.

"Saya faham kerana kami pun bekas ahli Umno, boleh dikatakan ramai ahli parti yang saya kenali menunjukkan perasaan yang tidak menggalakkan terhadap kepimpinan sekarang. Tetapi mereka tidak bersedia untuk menyatakannya secara terbuka," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bersatu tidak dapat bergerak secara bersendirian dan akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Sebagai parti politik baharu, kita perlu menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat dengan parti-parti politik lain," katanya yang merujuk kepada pakatan pembangkang.

Tambah Muhyiddin, sebelum penubuhan parti itu, pihaknya mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti pembangkang.

"Bagi saya, ia agak positif dan menggalakkan. Bila ia didaftarkan secara sah, maka boleh diadakan perbincangan lanjut untuk menunjukkan kerjasama politik yang agak mapan, dan cara itu kita sama-sama dapat berjuang untuk mencapai matlamat bagi menyelamatkan negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bersatu , Muhyiddin Yassin , Umno , RoS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan