Potong Tangan Tidak Kejam Jika Mampu Selamatkan Masyarakat

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 3:03 PM

Datuk Mohd Amar Abdullah

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata hukuman memotong tangan pesalah dalam undang-undang hudud bertujuan untuk menyelamatkan masyarakat dan bukannya satu hukuman kejam.

Beliau berkata memotong pergelangan tangan adalah sama dengan situasi seorang doktor memotong anggota badan seorang pesakit kencing manis.

"Tiada siapa yang boleh menuduh doktor melakukan perbuatan kejam, kerana ia dibuat untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

"Undang-undang hudud yang melibatkan kod jenayah Syariah dengan mengorbankan pesalah adalah bertujuan menyelamatkan masyarakat," katanya dalam satu siri penjelasan mengenai undang-undang hudud yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini.

Mohd Amar, yang juga Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menambah bahawa Barat secara berterusan menuduh Islam mengamalkan hukuman tidak berperikemanusiaan tetapi undang-undang ini telah ditetapkan dalam perspektif Islam.

PAS yang menerajui kerajaan Kelantan berada di barisan hadapan untuk melaksanakan undang-undang hudud di seluruh negeri menggantikan undang-undang jenayah berikutan pembentangan dua Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

RUU ini direka untuk membuka jalan bagi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan