Pokemon Go Perlu Ada Had - Jakim

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 10:20 PM

TIDAK SENSITIF … Itulah perkataan yang sesuai berkenaan aplikasi permainan yang menjadi kegilaan masyarakat masa kini, Pokemon Go apabila menjadikan ruang solat utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perlu ada had dikenakan pada permainan Pokemon Go agar institusi agama tidak tercemar dalam keasyikan masyarakat terhadap permainan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha. 

Beliau berkata, tempat-tempat ibadat termasuk masjid tidak sepatutnya digunakan sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu.

Othman, yang turut mencuba permainan tersebut bagi melihat sendiri fungsinya, mendapati Pokemon turut berada di kawasan masjid dan surau.

Pada pendapat beliau, pihak yang membangunkan aplikasi tersebut tidak begitu sensitif terhadap pusat ibadat yang mana ia tidak sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan aplikasi maya itu.

"Permainan ini pada pendapat saya bagus kerana ia menggalakkan masyarakat beriadah sambil bersenam kerana memerlukan kita berjalan untuk mencari karektor tersebut, namun perlu ada hadnya," katanya kepada Bernama pada Isnin.


Othman berkata, adalah tidak elok sekiranya seseorang pergi ke tempat-tempat ibadat hanya untuk bermain permainan itu malah beliau berpendapat permainan tersebut turut telah mendatangkan pelbagai mudarat. 

"Kita lihat di luar negara ada pemain yang memasuki kawasan privasi seperti rumah orang dan kawasan larangan hingga ke tahap ada yang tercedera dan meninggal akibat permainan tersebut," katanya. 

Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu mula memasuki Malaysia Sabtu lepas dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Tinjauan Bernama di dua buah masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra, Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 di sini Isnin mendapati kedua-dua tempat itu diletakkan sebagai tempat 'PokeStop', untuk mendapat 'reward atau hadiah'.

Malah kedua-dua tempat ibadat bagi orang Islam itu turut dijadikan 'PokeGyM', platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi para pemain yang sudah mula mencapai aras lima. 

Tinjauan juga mendapati melalui aplikasi tersebut, PokeStop dan PokeGym juga terdapat di hampir kesemua tempat tumpuan orang ramai dan bangunan-bangunan kerajaan serta kementerian di sekitar Putrajaya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Pokemon Go , Jakim

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan