Pertukaran 18 Pegawai Kanan Polis 8 Sept

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 11:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 8 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan pada Isnin berkata, Zamri akan mengambil alih jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Tempat beliau akan diisi oleh Datuk Asri Yusoff yang ketika ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis.

Kenyataan itu turut memaklumkan Setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd pula masih memegang jawatan sama dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/ATIP/ASOM, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik pula akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.

Tempat beliau akan diambil alih SAC Rohaimi Md Isa yang ketika ini merupakan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik/Inspektorat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Supt Rosman Ismail yang pada masa ini memegang jawatan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin, Wilayah Empat pula akan dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin, Wilayah Satu dengan memangku pangkat ACP.

Menurut kenyataan itu lagi, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit), Unit Perjawatan/Audit, Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Asri Md Akhir dilantik sebagai Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia di jabatan yang sama.

Supt Mongudal Koromol@Edward yang ketika ini memegang jawatan Pegawai Pemerintah Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, Briged Sabah dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Briged Sabah dengan memangku pangkat ACP. - Bernama

Tags / Kata Kunci: PDRM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan