Mufti W.Persekutuan Tidak Pernah Kata Main Pokemon Go 'Haram'

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak pernah berkata bahawa bermain Pokemon Go adalah haram bagi orang Islam.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau pada Ahad, mufti hanya menyatakan bahawa permainan itu tidak digalakkan dalam Islam jika ia membawa kepada kemudaratan.

"Pihak kami amat kesal dengan salah guna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. 

"Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara bukan Muslim yang kita kasihi," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Dr Zulkifli tidak pernah sekali menggunakan istilah 'haram' dalam fatwa yang dikeluarkan, tetapi sekadar menasihatkan umat Islam untuk menjauhkan diri daripada permainan Pokemon Go kerana ia membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

"Beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan kecenderungan beliau ke arah pengharamannya iaitu 'perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Sebab utama Mufti tidak menggunakan istilah 'haram' kerana ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Quran dan Sunnah," katanya.

Tambahnya, jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita.


Pokemon Go dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai, memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara-negara lain pada hari Ahad.

Permainan ini menggunakan kamera telefon pintar untuk mewujudkan satu pengalaman realiti di mana Pokemon kelihatan hadir secara fizikal di lokasi pemain.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan