Loji Semenyih 2 Jamin Bekalan Air Kepada 100,000 Pengguna - MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 4:48 PM

Azmin melihat pelan tapak projek Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 pada majlis pecah tanah projek itu di Stesen Pam Air Mentah, Kampung Jenderam Hilir, Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Lebih 100,000 pengguna di Semenyih, Beranang, sebahagian kawasan Hulu Langat dan pembangunan baharu di sepanjang Lebuh Raya Seremban (LEKAS) akan memperoleh bekalan air mentah dan terawat yang lebih terjamin menjelang 2018.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini berikutan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 yang sedang dijalankan akan siap sepenuhnya penghujung tahun hadapan.

Beliau berkata, dengan kapasiti 100 juta liter sehari, pembinaan loji di Jenderam Hilir bernilai RM180 juta itu diyakini mampu menampung permintaan bekalan air mentah dan terawat sama ada dari segi kualiti dan kuantiti.

"Pembanguan LRA baharu ini merupakan satu penyelesaian segera untuk meningkatkan ketersediaan sumber bekalan air sementara menanti Projek Langat 2 siap dan beroperasi pada 2019," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pecah tanah projek pembangunan LRA itu di di Stesen Pam Air Mentah (SPAM), Kampung Jenderam Hilir, di sini Isnin.

Bagi memastikan sumber bekalan air terawat mencukupi untuk kegunaan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, satu lagi loji rawatan iaitu LRA Labohan Dagang, Kuala Langat akan dibangunkan dalam masa terdekat yang dianggarkan mampu meningkatkan sumber air sebanyak 400 juta liter sehari, katanya.

Pada majlis berasingan, Mohamed Azmin turut menyerahkan surat pemilikan tanah kepada 24 penduduk Desa Timah Langat, di sini, iaitu tanah bagi kuarters pekerja Lombong Timah Langat.

Dalam ucapannya, beliau berkata, tanah di Desa Timah Langat merupakan tanah kerajaan yang telah diluluskan melalui Sijil Melombong kepada Syarikat Timah Langat Berhad pada 1980-an bagi tujuan melombong bijih timah.

Mereka yang mendiami kuarters mula mengalami masalah penempatan apabila tempoh pajakan melombong oleh syarikat berkenaan tamat pada 2000 ekoran geran tanah belum ditukar milik kerana tidak mampu menjelaskan premium tanah, katanya. 

Kuarters yang dibina hampir 40 tahun lalu itu mempunyai 73 buah rumah. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , LRA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan