Jurufoto NSTP Nafi Insiden Dipukul Penyokong Bola Sepak Hanya Lakonan

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 8:59 PM

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan penyokong selepas tercetusnya pergaduhan antara penyokong JDT dan Perak setelah tamat perlawanan Liga Super di Stadium Perak malam Sabtu lalu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jurufoto akhbar New Straits Times Press (NSTP) yang cedera dipukul dalam kekecohan selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu lalu, pada Isnin menafikan dakwaan ia lakonan yang dirancang. 

Supian Ahmad, 36, berkata pelbagai tuduhan dilempar ke atasnya menerusi laman sosial termasuk mendakwa beliau dibayar untuk melakukan perkara itu dan menipu kamera miliknya dirampas penyokong JDT.

"Saya juga dikatakan orang Perak, sedangkan saya bukan orang Perak ...itu adalah fitnah terhadap saya dan pengamal media lain juga difitnah sebagai suka menipu. 

"Sebagai pihak berkecuali saya terkilan kenapa saya dipukul dan diserang? Saya harap pihak berkenaan menarik balik dakwaan sebelum saya membuat laporan polis," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Dalam insiden di Stadium Perak Sabtu lalu, Supian dilaporkan diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan, manakala kamera bernilai kira-kira RM30,000 miliknya dirampas. 

Menurutnya, kamera itu telah ditemukan semula di atas padang oleh seorang petugas media ketika polis melakukan pemeriksaan.

"Gambar dalam kamera masih ada dan kerugian yang saya alami lebih RM1,000 kerana 'filter' kamera rosak dan komputer riba pecah sedikit," katanya. 

Susulan serangan ke atasnya, Supian berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam pada Ahad selain menyerahkan beberapa bahan bukti termasuk gambar serta video untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak, Sayed Mohd Hesham Sayed Idris berkata, satu akta perlu diwujudkan bagi melindungi pengamal media ketika menjalankan tugas.

"Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana pengamal media diserang tanpa sebab, kita tidak sokong mana-mana pasukan, kita berada di pihak yang berkecuali," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Supian Ahmad

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan