Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Madinah

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Seorang jemaah haji, Mohamad Aman, 71, meninggal dunia akibat serangan jantung di sini kira-kira pukul 1.05 pagi waktu tempatan.

Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan berkata Allahyarham yang berasal dari Bemban, Melaka dilapor berada dalam keadaan sihat sebelum dikatakan mengalami kesukaran bernafas oleh rakan-rakan di bilik penginapannya.

"Allahyarham telah diberikan rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia jam 1.05 pagi waktu Arab Saudi," kata kenyataan itu.

Allahyarham akan dikebumikan di perkuburan Baqi' di sini selepas waktu Zohor, Isnin.

Mohamad tiba di Madinah dengan penerbangan KT02 pada 4 Ogos lalu bersama isterinya Normah Jeni, 67.

Ini merupakan kematian kedua bakal haji Malaysia dengan kematian pertama dilaporkan di tanah air semalam akibat tekanan darah tinggi.

"Pengurusan TH berharap seluruh keluarga terutama isteri Allahyarham yang berada di sini terus tabah dan diberikan kekuatan.

"TH akan memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada isteri Allahyarham agar beliau dapat menunaikan ibadat hajinya dengan tenang dan sempurna pada awal September ini," katanya.

TH juga akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham pada musim haji tahun ini, kata kenyataan itu.

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan anggota TH turut merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

Tags / Kata Kunci: Madinah , Haji

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan