Tawau Lokasi Pertama Penyerahan Kunci Rumah PPA1M

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 3:02 PM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (tengah) pada majlis penyerahan kunci rumah pembeli projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Ahad.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Tawau menjadi lokasi pertama majlis penyerahan kunci rumah kepada pembeli di bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Ahad.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata daerah itu mendahului kawasan lain berikutan projek berkenaan siap dua tahun lebih awal daripada yang dijangkakan pada 2018.

Beliau berkata, 100 unit rumah di Tawau itu berkeluasan 1,800 kaki persegi dengan tawaran harga tidak melebihi RM300,000 melibatkan pembeli dalam kalangan penjawat awam daripada pelbagai agensi.

"Sepatutnya, majlis penyerahan kunci rumah pertama untuk projek ini dilakukan di Putrajaya pada Disember ini atau Januari tahun depan melibatkan lebih 3,000 unit. 

"Namun, Tawau mendahului. Tahniah diucapkan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian dan penyerahan kunci PPA1M Bandar Sri Indah di sini.

Mengulas lanjut, Ali berkata pihaknya juga bercadang dan telah berunding dengan pemaju untuk tambahan 200 unit PPA1M di Tawau.

Beliau berkata jumlah pembinaan rumah PPA1M yang disasarkan di Sabah adalah sebanyak 7,000 unit.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tawau , PPA1M , Ali Hamsa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan