Kabinet Setuju Laksana Sistem "Sewa Beli" Bantu Rakyat Miliki Rumah

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kabinet minggu lepas bersetuju melaksanakan sistem 'sewa dan beli' bertujuan membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, sistem sewa dan beli itu akan dilaksanakan di 170 kawasan Projek Perumahan Rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata pada peringkat pemulaan, lima kawasan iaitu satu di Kelantan, dua di Selangor, Negeri Sembilan (satu) dan Kuala Lumpur (satu) dibuka untuk tawaran sewa dan beli yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 4,000 keluarga.

"Kerajaan mengambil maklum bahawa ramai yang berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah layak untuk membeli rumah PPR ini namun mereka ini didapati tidak layak mendapat pinjaman bank.

"Kerajaan bersetuju bahawa rumah yang nak dijual itu kita buat sewa dan beli. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah dan pelancaran program transformasi sosial di rumah pangsa Sri Bandar, dekat sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohammed Mentek.

Mengulas lanjut, Noh berkata mereka yang ditawarkan rumah menerusi sistem sewa dan beli yang berharga RM35,000 seunit bagi Semenanjung dan RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh menjual unit tersebut kepada individu lain.

"Mereka yang ingin menjualnya, perlulah menjual semula kepada kementerian.

Ini membolehkan kementerian menawarkannya kepada mereka yang lain yang kurang berkemampuan selain untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan," katanya.

Ditanya mengenai kadar dan tempoh masa sewaan yang akan diberikan, Noh berkata perkara itu sedang dalam perbincangan.

"Ada yang mungkin ditawarkan 20 tahun, ada yang 25 tahun...perkara ini akan kami putuskan kemudian," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Noh Omar , Projek Perumahan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan